Rabu, 13 Disember 2017 | 10:33am
PENJAGA gol Inter, Daniele Padelli menyelamatkan dua sepakan penalti untuk mara ke suku akhir Piala Itali selepas menewaskan Pordenone, awal pagi tadi. - Foto EPA
PENJAGA gol Inter, Daniele Padelli menyelamatkan dua sepakan penalti untuk mara ke suku akhir Piala Itali selepas menewaskan Pordenone, awal pagi tadi. - Foto EPA
PEMAIN Inter memeluk Yuto Nagatomo (tengah) selepas pasukan mereka layak ke suku akhir Piala Itali dengan menewaskan Pordenone menerusi penentuan penalti. - Foto AP
PEMAIN Inter memeluk Yuto Nagatomo (tengah) selepas pasukan mereka layak ke suku akhir Piala Itali dengan menewaskan Pordenone menerusi penentuan penalti. - Foto AP

Nagatamo wira Inter

MILAN: Peneraju Serie A, Inter Milan mara ke suku akhir Piala Itali apabila menumpaskan pasukan divisyen tiga, Pordenone 5-4 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 sehingga masa tambahan.

Pertahanan Jepun, Yuto Nagatamo mengesahkan kemenangan di San Siro buat Inter ketika penjaga gol, Daniele Padelli menyelamatkan dua sepakan penalti.

Inter seterusnya bakal membuat perhitungan di suku akhir sama ada dengan AC Milan atau Verona, yang hanya akan beraksi malam ini.

PENJAGA gol Inter, Daniele Padelli menyelamatkan dua sepakan penalti untuk mara ke suku akhir Piala Itali selepas menewaskan Pordenone, awal pagi tadi. - Foto EPA
PENJAGA gol Inter, Daniele Padelli menyelamatkan dua sepakan penalti untuk mara ke suku akhir Piala Itali selepas menewaskan Pordenone, awal pagi tadi. - Foto EPA

Keputusan Luciano Spalletti untuk merombak skuadnya selepas terikat tanpa jaringan dengan Juventus, Sabtu lalu tampak tidak menjadi ketika lawannya itu begitu liat.

"Pemain yang jarang diturunkan seakan bergelut malam ini, kerana Pordenone mempunyai jentera tengah yang berkualiti," kata Spalletti.

"Kami tidak boleh menguasai bola, malah pemain juga gagal menjalankan fungsi dengan baik, dan kemudian ia menjadi lebih rumit kerana mereka makin bersemangat.

"Kami tidak mencapai potensi sebenar. Pada akhirnya saya makin kehilangan keyakinan kepada pemain."

PENYERANG Inter, Yann Karamoh (kiri) cuba melepasi pertahanan Pordenone, Mirko Stefani pada saingan Piala Itali di San Siro, awal pagi tadi. - Foto EPA
PENYERANG Inter, Yann Karamoh (kiri) cuba melepasi pertahanan Pordenone, Mirko Stefani pada saingan Piala Itali di San Siro, awal pagi tadi. - Foto EPA

Spalletti meninggalkan ayam tambatan termasuk kapten Mauro Icardi dan Ivan Perisic di bangku simpanan, sebaliknya membawa masuk pertahanan Andrea Ranocchia, Yann Karamoh (penyerang) dan penjaga gol simpanan Padelli.

Karamoh, 19, mensia-siakan dua peluang sebelum digantikan Perisic, dengan Spaletti yang makin kecewa akhirnya membawa masuk Icardi di hujung permainan.

Namun, sensasi Argentina itu turut gagal memecahkan kebuntuan selepas tandukannya melepasi palang daripada hantaran lintang Joao Cancelo.

"Suasana bilik persalinan begitu mengecewakan, dan saya memahaminya," kata jurulatih Pordenone, Leonardo Colucci yang mana pasukannya mara selepas mengatasi Cagliari sebelum ini.

Berita Harian X