Khamis, 14 Disember 2017 | 1:37pm
PEMAIN AMD Cougars, Mohamad Akif Afizi Ramzi (kiri) bersaing dengan pemain Arsenal pada aksi Piala Supermokh di Bukit Jalil. - Foto Khairull Azry Bidin
PEMAIN AMD Cougars, Muhammad Khairi Suffian Khaineyusri (kanan) bersaing dapatkan bola dengan pemain Arsenal. - Foto Khairull Azry Bidin

Momentum AMD Malaysia Cougars tersekat

KUALA LUMPUR: Selepas cemerlang pada aksi pertama, momentum juara bertahan Piala SuperMokh Bawah 14, AMD Malaysia Cougars tersekat apabila tewas 1-2 kepada Arsenal pada aksi kedua Kumpulan B di padang Majlis Sukan Negara (MSN), hari ini.

Arsenal memperoleh dua gol pada babak pertama menerusi Daniel Oyegoke pada minit kesembilan dan Omari Hutchinson (m-16) manakala jaringan tunggal Cougars dijaringkan Muhammad Aznil Hafiz Azhar (m-62).


PEMAIN AMD Cougars, Azannis Adzri Abdul Halim (kanan) mengasak pemain Arsenal pada aksi Piala Supermokh di Bukit Jalil. - Foto Khairull Azry Bidin

Faktor lambat panas nyata menjadi duri dalam daging buat anak buah Ahmad Nurfaizal Abdullah hingga menyaksikan Arsenal menguasai permainan sepanjang babak pertama.

"Kami bangkit hingga berjaya mendapatkan gol namun ia mungkin sudah terlewat. Untuk itu, ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki," kata Nurfaizal.


PEMAIN AMD Cougars, Mohd Aznil Hafiz Azhar (tengah) cuba lepasi kawalan dua pemain Arsenal pada aksi Piala Supermokh di Bukit Jalil. - Foto Khairull Azry Bidin

Semalam, Cougars menang 4-1 ke atas Aspire Academy dari Qatar manakala Arsenal kekal dengan kemenangan bersih selepas turut meraih kemenangan dalam perlawanan perbukaan apabila menundukkan wakil Korea Selatan, Gyeongnam FC dengan jaringan sama.

Berita Harian X