Jumaat, 22 Disember 2017 | 12:53pm
PRESIDEN Persatuan Bolasepak Perlis, Shaharuddin Ismail (tengah) pada memperkenalkan barisan kejurulatihan PFA dan jersi Singa Utara 2018, malam tadi. - Foto BERNAMA
PRESIDEN Persatuan Bolasepak Perlis, Shaharuddin Ismail (tengah) pada memperkenalkan barisan kejurulatihan PFA dan jersi Singa Utara 2018, malam tadi. - Foto BERNAMA

Manja Man bimbing Singa Utara, aksi dijangka malam

KANGAR: Kerja pembaikan lampu limpah Stadium Tuanku Syed Putra di sini akan dilakukan bulan depan bagi membolehkan perlawanan bola sepak musim akan datang diadakan pada sebelah malam.

Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Shaharuddin Ismail berkata kerja pembaikan itu dijangka mengambil masa kira-kira dua bulan.

"Liga akan bermula awal Mac. Diharap lampu limpah dapat dibaiki sebelum sepak mula nanti," katanya pada majlis memperkenalkan barisan kejurulatihan PFA dan jersi Singa Utara 2018 dekat sini, malam tadi.

Pada majlis itu, 14 pemain PFA diberikan surat tawaran dan menandatangani kontrak untuk tempoh setahun.

Shaharuddin berkata 60 peratus daripada tawaran itu adalah kepada anak Perlis bagi mengekalkan identiti skuad Singa Utara.

"Pemilihan pemain untuk mewakili pasukan masih lagi berjalan, dan diharap bakal pemain dapat menunjukkan kesungguhan untuk dipilih mewakili pasukan," katanya.

KETUA jurulatih PFA, Manja Man (tengah) pada pemilihan pemain baharu bola sepak Perlis di Stadium UiTM Arau. - Foto Azhar Ramli
KETUA jurulatih PFA, Manja Man (tengah) pada pemilihan pemain baharu bola sepak Perlis di Stadium UiTM Arau. - Foto Azhar Ramli

Sementara itu, pemain legenda pasukan Perlis dan Kedah, Manja Man menggalas tugas sebagai Ketua Jurulatih PFA, manakala Azizul Abidin selaku Ketua Jurulatih Piala Presiden dan Suhairi Abdul Karim sebagai Ketua Jurulatih Pasukan Belia.

Sementara itu, Manja bertekad untuk memajukan bola sepak Perlis dan akan berusaha membentuk pemain yang berkualiti.

"Saya berharap usaha ini akan dapat mengharumkan kembali nama pasukan bola sepak Perlis yang pernah menang Piala Malaysia 2004," katanya. - BERNAMA

Berita Harian X