Sabtu, 23 Disember 2017 | 12:07pm
PEMAIN Fiorentina, Khouma El Babacar (tengah) menjadi penyelamat pasukan selepas meledak gol tunggal perlawanan ketika menewaskan Cagliari dalam aksi Serie A, semalam. - Foto EPA

Jaringan tunggal Babacar bantu Fiorentina ketepi Cagliari

MILAN: Percaturan memasukkan pemain gantian Khouma Babacar pada lewat perlawanan membantu Fiorentina untuk menewaskan Cagliari 1-0 dalam aksi Serie A, semalam.

Pasukan dari Tuscany itu pernah dikecewakan di Sardinia sebelum ini dan Babacar yang dimasukkan pada minit ke-70 pantas menyempurnakan hantaran Federico Chiesa, ketika perlawanan hanya berbaki lapan minit.


PEMAIN Cagliari, Simone Padoin (kiri) cuba dihalang pemain Fiorentina, Federico Chiesa pada aksi Serie A, semalam. - Foto EPA

"Adalah amat penting untuk mendapatkan tiga mata ini," kata Babacar yang menerima pelukan gembira daripada jurulatih Stefano Pioli sebelum diturunkan.

"Dia memberitahu saya untuk terus begini, seperti yang selalu diinginkan olehnya. Sukar apabila tidak beraksi, tetapi saya harus terus berusaha, fokus dan terus melakukan peningkatan."

Babacar bukanlah seorang penyerang yang sering diturunkan Pioli dan dia juga dikaitkan dengan perpindahan ke kelab di England dan Crystal Palace, Januari ini.


PEMAIN Cagliari, Gregory Van Der Wiel (kiri) bersaing dapatkan bola dengan pemain Fiorentina, Jordan Veretout. - Foto EPA

Cagliari juga mungkin harus tidak terlalu menyalahkan Alessio Cragno apatah lagi penjaga gol itu banyak menafikan percubaan antaranya dari tandukan Giovanny Simeone.

Perlawanan itu juga menyaksikan tuan rumah terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Joao Pedro diarah keluar padang selepas pembantu video pembantu pengadil (VAR) mendapati pemain itu melakukan terjahan ke kaki Chiesa. - AFP

Berita Harian X