Rabu, 3 Januari 2018 | 12:49pm
PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger mengkritik mutu pengadilan di EPL. - Foto Reuters

Pengadil EPL berada di era 1950-an - Wenger

LONDON: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengkritik mutu pengadilan di Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan melabel mereka 'tersekat' di era 1950-an.

Tidak asing dengan perbalahan dengan pihak pengelola liga, Wenger juga menggesa agar peraturan bola terkena tangan diubah selepas penalti lewat kontroversi yang diperoleh oleh Calum Chambers menyaksikan Arsenal meraih keputusan seri dengan West Bromwich Albion pada Ahad lalu.

Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) sudah mendakwa Wenger susulan tindakannya terhadap pengadil di bilik persalinan selepas perlawanan berkenaan.

Wenger menuduh dan berkata yang pengadil Mike Dean 'melihat apa yang dia ingin lihat' di Hawthorns dan percaya pengadil di England perlu dipertingkatkan kualitinya.

"Bagi saya, mereka perlu mengharungi permainan seperti kami harungi permainan dan cuba untuk memberikan emosi yang positif kepada orang yang mencintai bola sepak di kawasan tempat duduk," kata Wenger.

"Ia tidak sesuai lagi, pada tahun 2018, dia memanggil pemain, bercakap selama setengah minit, atau seminit kepadanya, untuk berkata, 'Lihat, kamu perlu berkelakuan dengan baik. Dan kemudian itu saja.

"Ia bukan lagi rentak dalam masyarakat moden, Orang mahukan ketajaman, tindakan yang tajam dan pengadil perlu memastikan yang ia akan berlaku.

"Ini adalah pada era 1950-an di mana lelaki bercakap dengannya - 'Jika kamu tidak bersikap dengan baik, saya mungkin akan menghukum kamu.' Ayuh, jangan kita membuang masa.

"Adakah ia membantu permainan? Langsung tiada. Tiada apa yang berlaku. Orang yang duduk di kerusi penonton tidak mahu melihatnya.

"Mereka mahu melihat. Ayuh, mari kita lupakan dan terus bermain. Ia adalah tanggungjawab kami. Kami tidak mahu hidup di era kegelapan." - AFP

665 dibaca
Berita Harian X