Jumaat, 5 Januari 2018 | 11:23pm
PEMAIN tengah Everton dan England, Ross Barkley semakin hampir ke Stamford Bridge. - Foto Agensi

Barkley semakin hampir ke Chelsea

LONDON: Pemain tengah Everton dan England, Ross Barkley semakin hampir berhijrah dari Goodison Park ke Stamford Bridge, kata bos Chelsea, Antonio Conte, hari ini.

Conte bagaimanapun tidak mengesahkan perjanjian itu tetapi mendakwa perpindahan pemain berkenaan semakin hampir sambil bercakap mengenai kualiti pemain berusia 24 tahun itu.

"Jika ada berita, kelab akan memberitahu anda," kata Conte pada sidang akhbar menjelang pertemuan pusingan ketiga Piala FA menentang Norwich awal pagi Ahad ini. "Ini adalah langkah yang tepat."

"Kita bercakap mengenai pemain England, pemain muda," katanya. "Dia memiliki prospek yang bagus buat Chelsea. Saya rasa kelab membuat keputusan untuk pelaburan ini, juga untuk kontraknya.

"Saya rasa ini adalah peluang baik untuk kelab membeli pemain ini. Sudah tentu ia prospek yang bagus untuk Chelsea."

Barkley juga tamat kontrak di Goodison Park pada penghujung musim selepas menolak kontrak baharu untuk kekal bersama Toffees.

Perpindahan ke Chelsea pada hari terakhir perpindahan Ogos lalu tidak menjadi kenyataan tetapi Barkley kini dijangka akan menyertai kelab berkenaan dengan harga diskaun, dilaporkan sekitar 15 juta pound (RM81.32 juta) - AFP

790 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »