Sabtu, 6 Januari 2018 | 6:21am
PENYERANG Turki, Cenk Tosun sah sertai Everton dengan kontrak empat setengah tahun.

Everton sambar penyerang Turki

LONDON: Everton mengumumkan membeli penyerang Turki Cenk Tosun dengan kontrak empat setengah tahun dengan harga STG27 million (RM146 juta).

Pemain itu sudah menjaringkan 41 gol dalam 96 aksi Liga Super Turki sejak bermula musim 2014-2015.

Menurut Tosun, pengurus Sam Allardyce adalah faktor utama dia bersetuju ke Liga Inggeris.

"Saya berbesar hati menjadi pemain Everton," kata Tosun kepada evertontv.

"Saya sangat gembira berada di sini dan semuanya berjalan lancar. Rasa tak sabar untuk beraksi secepat mungkin. Everton sebuah kelab besar dan mempunyai sejarah hebat dan saya mahu buktikan kemampuan di depan penyokong.

"Allardyce salah satu punca saya ke sini. Dia bersungguh-sungguh mahu saya bersamanya," katanya.

Allardyce pula gembira dapat menyambar pemain Besiktas itu yang mampu menambah sengat di bahagian serangan yang kurang berbisa sejak Romelu Lukaku meninggalkan kelab dan menyertai Manchester Untied.

"Tosun penyerang nombor satu Turki dan menjaringkan gol di Liga Juara-Juara dan Liga Turki. Dia sangat berharap dapat beraksi di sini," katanya. Tosun, 26, menjaringkan lapan gol dalam 25 penampilan bersama skuad kebangsaan Turki. - APF

787 dibaca
Berita Harian X