Jumaat, 12 Januari 2018 | 11:43am
PEMAIN Pahang, Mohd Faisal Rosli (kanan) mengakui belum mencapai tahap prestasi terbaik dan masih banyak yang perlu dipertingkatkan menjelang saingan Liga Malaysia musim ini. - Foto Abdullah Yusof

Faisal tercari-cari keserasian

KUANTAN: Pertahanan Pahang, Faisal Rosli mengakui belum mencapai tahap prestasi terbaik menjelang saingan Liga Malaysia musim ini.

Pemain kelahiran Kuala Rompin itu berkata, masih banyak yang perlu dipertingkatkan terutama dari segi persefahaman antara rakan sepasukan.

Faisal yang beraksi di pertahanan kiri menyatakan dia memerlukan keserasian bagi membantu rakan di posisi tengah dan serangan.

"Apa yang boleh saya katakan persefahaman antara rakan masih lagi belum mencapai tahap yang diinginkan oleh jurulatih (Dollah Salleh).

"Saya harap persefahaman itu dicapai terutama antara saya dengan pemain import baharu dari Kemboja (Chan Vathanaka) yang bermain posisi tengah.

"Tapi saya percaya dengan sesi latihan dan aksi beberapa perlawanan persahabatan selepas ini akan membantu menghasilkan keputusan positif," katanya.

Mengulas dua kemenangan dan tewas sekali pada aksi persahabatan di Thailand baru-baru ini, dia gembira kerana dapat beraksi semua tiga perlawanan itu biarpun tidak beraksi sepenuh masa.

713 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »