Sabtu, 13 Januari 2018 | 9:58pm
PENYERANG baharu Leicester City, Fousseni Diabate lengkapkan perpindahan bekas penyerang Ajaccio ke Stadium King Power.

Leicester ikat Diabate

LONDON: Penyerang Mali, Fousseni Diabate menandatangani perjanjian dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Leicester City daripada kelab Ligue 2 Perancis, Ajaccio, hari ini, umum Leicester.

Pemain kelahiran Perancis berusia 22 tahun itu mewakili Mali untuk saingan bawah 20 dan bawah 23 tahun.

"Kelab Bola Sepak Leicester City sudah melengkapkan perjanjian dengan menandatangani pemain muda meningkat naik, Fousseni Diabate daripada kelab Ligue 2 Perancis, Gazelec Ajaccio dengan yuran perpindahan yang tidak boleh diumumkan.

"Pemain berusia 22 tahun yang beraksi dengan skuad muda Mali dan boleh bermain sebagai penyerang tengah dan sayap itu menandatangani perjanjian selama empat tahun setengah untuk berada di Stadium King Power," kata kenyataan dikeluarkan Leicester.

Diabate sudah membuat 20 penampilan bersama Ajaccio musim ini. - AFP

564 dibaca
Berita Harian X