Ahad, 14 Januari 2018 | 7:11pm
PEMAIN Kedah, Zachary Micheal Anderson (depan) bersama rakan sepasukan, Ken Ilso Larsen meraikan gol ketika aksi menentang PKNS FC di Stadium Darulaman. - Foto Amran Hamid
PEMAIN Kedah, Zachary Micheal Anderson (depan) bersama rakan sepasukan, Ken Ilso Larsen meraikan gol ketika aksi menentang PKNS FC di Stadium Darulaman. - Foto Amran Hamid

PKNS pikat lagi bekas Kedah?

KUALA LUMPUR: Bekas pemain import Kedah, Ken Ilso dilaporkan berada dalam radar PKNS FC untuk mengisi satu lagi slot pemain import skuad Semut Merah.

Difahamkan, kedua-dua pihak kini sedang berunding dan tindakan Ilso memuatkan naik gambarnya sedang berada di sini menerusi laman sosial Instagram miliknya, menguatkan spekulasi itu.

Malah, penyertaan seorang lagi bekas tonggak import Helang Merah, Zac Anderson dalam pasukan kendalian Datuk K Rajagobal itu turut menjadi alasan kukuh kehadiran kelibat penyerang itu kerana kedua-duanya cukup rapat ketika bersama Kedah.

Jika perkembangan ini jadi realiti, PKNS FC bakal tampil antara pasukan terkuat dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

"Saya difahamkan Ken Ilso berada dalam perhatian PKNS FC. Namun ketika ini difahamkan kedua-dua pihak sedang melakukan rundingan," kata seorang sumber.

Selain Anderson, PKNS FC sudah mengikat tiga lagi import, Jonatan Leonel Acosta dari Argentina, Romel Morales Ramirez (Colombia) dan Faris Ramli (Singapura).

Ketika bersama Kedah, Ilso antara pemain yang disayangi penyokong skuad Helang Merah selepas tampil cemerlang menyumbat 21 gol daripada 26 perlawanan.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X