Selasa, 16 Januari 2018 | 10:42pm
MANCHESTER United sedang berusaha mendapatkan pemain bermasalah Arsenal, Alexis Sanchez. - Foto AFP

Perpindahan Sanchez bergantung kepada Mkhitaryan

LONDON: Usaha Manchester United mendapatkan tandatangan Alexis Sanchez dari Arsenal bergantung sama ada Henrikh Mkhitaryan akan bertukar ke sana, kata ejen pemain Armenia itu, sebentar tadi ketika Antonio Conte tampak menjauhkan Chelsea daripada potensi mendapatkan pemain itu.

Pemain antarabangsa Chile, Sanchez yang tampak bermain perlawanan terakhir buat Arsenal, dikaitkan dengan perpindahan sama ada ke Manchester United atau Manchester City dan bos Chelsea, Antonio Conte juga bercakap mengenai minatnya terhadap pemain itu.

Pemain itu yang akan tamat kontrak musim panas ini, dilihat akan menandatangani perjanjian buat pasukan bimbingan Pep Guardiola pada perpindahan Ogos lalu tetapi difahamkan City menarik diri daripada pemburuan terhadap pemain berusia 29 tahun itu kerana faktor kos.

Ada juga spekulasi Mkhitaryan akan ditawarkan untuk mengurangkan beban United bagi mendapatkan Sanchez, dan Mourinho tidak menyenaraikan perancang itu dalam skuad berdepan Stoke semalam berikutan "keraguan mengenai masa depannya."

Ejen Mkhitaryan, Mino Raiola memberitahu akhbar Britain, Times bahawa perpindahan Sanchez ke United bergantung kepada pelanggannya menyertai Arsenal sebagai sebahagian daripada perjanjian itu.

"Manchester United tidak akan menandatangani Sanchez melainkan Mkhi bersetuju menyertai Arsenal," kata Raiola.

"Mkhi akan melakukan apa yang terbaik buatnya. Dia masih ada kontrak dua setengah tahun, jadi ia adalah keputusannya. Sanchez ialah sebahagian daripada perjanjian Mkhi, bukan sebaliknya." - AFP

2681 dibaca
Berita Harian X