Khamis, 25 Januari 2018 | 10:39pm

Calon import ASEAN Helang Merah belum diputus

ALOR SETAR: Pasukan Kedah sehingga kini masih belum membuat sebarang keputusan mengenai calon import kelima yang akan mengisi kuota ASEAN, kata pengendalinya, Ramon Marcote.

Katanya, perkara itu masih dalam peringkat perbincangan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

"Saya berharap pengurusan KFA dapat membuat keputusan berhubung pengambilan import kelima pasukan Kedah. Kehadiran pemain ini mampu melengkapkan pasukan sedia ada bagi menghadapi saingan liga," katanya di sini, hari ini.

"Pada pandangan saya, jika kita mahu memberi saingan yang kita harapkan untuk bertemu pasukan hebat seperti JDT (Johor Darul Ta'zim) atau Perak, maka kita perlu bersaing pada tahap setara.

"Jika mereka ada lima pemain import, maka kita juga perlu lima pemain import. Namun jika kita tidak mempunyai pemain import ke lima maka kita tiada pilihan kecuali meneruskan perjuangan dengan pemain sedia."

Marcote menjangkakan keputusan mengenai pengambilan import kelima itu akan diumumkan KFA dalam tempoh terdekat.

Berita Harian X