Jumaat, 26 Januari 2018 | 6:42am
SOUTHAMPTON berjaya penyerang Monaco, Guido Carrillo, awal pagi tadi.

Southampton beli penyerang Argentina

LONDON: Southampton menandatangani penyerang, Guido Carrillo dari AS Monaco, menurut jurucakap kelab awal pagi tadi.

Media British melaporkan Southampton yang menduduki tangga ke-18 liga membayar yuran perpindahan 19 juta pound (RM104.18 juta) untuk membeli pemain berusia 26 tahun itu dengan kontrak tiga setengah tahun.

"Guido memberikan kami lebih banyak pilihan di bahagian serangan, mempunyai pengalaman beraksi di peringkat tertinggi dan berpotensi. Dia juga mempunyai keinginan untuk maju ke depan," kata Naib Pengerusi Southampton, Les Reed dalam satu kenyataan.

"Kami yakin dia dapat memberi keuntungan kepada kelab bukan sahaja baki perlawanan dalam liga tetapi pada masa akan datang," katanya.

Carrillo akan menyertai pengurus, Mauricio Pellegrino yang pernah bersamanya di Estudiantes di Argentina.

"Banyak perkara menarik perhatian saya di sini. Saya tahu Southampton melalui Liga Perdana yang sering saya tonton ketika kecil. Saya sering anggap liga ini adalah liga terpenting di dunia," kata Carrillo.

Carrillo beraksi dua setengah tahun di Monaco selepas berpindah dari Estudiantes pada 2015, membantu kelab itu menjuarai liga dan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu.

Dia menjaringkan 15 gol tetapi hanya tujuh kali membarisi kesebelasan utama sejak bermula kempen 2016/17. - Reuters

1407 dibaca
Berita Harian X