Rabu, 31 Januari 2018 | 10:56am
CHELSEA menandatangani Emerson Palmieri dari AS Roma dengan kontrak empat setengah tahun. - Foto ChelseaFC

Emerson perkasa benteng Chelsea

LONDON: Chelsea menandatangani pemain pertahanan kiri Brazil, Emerson Palmieri dari AS Roma dengan kontrak empat setengah tahun, menurut jurucakap kelab, awal pagi tadi.

Pemain serba boleh berusia 23 tahun itu dibeli dengan harga STG17.6 juta (RM97.19 juta) sekali gus memberikan pengurus, Antonio Conte pilihan kepada Marcos Alonso.

"Saya datang ke sini kerana Chelsea mempunyai sejarah hebat. Menjadi impian saya menyarung jersi pasukan ini," kata Emerson dalam laman web rasmi (www.chelseafc.com).

"Bola sepak Inggeris telah lama saya ikuti sejak berusia 15 tahun. Ia perlawanan yang cantik dan lebih menarik jika beraksi bersama," katanya.

Akhbar British melaporkan Chelsea semakin hampir mendapatkan penyerang Perancis, Olivier Giroud dari Arsenal. - Reuters

1350 dibaca
Berita Harian X