X
Ahad, 4 Februari 2018 | 7:21am
PENYERANG baharu Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang (tengah) merembat masuk untuk gol pertama penampilannya ketika menentang Everton di Stadium Emirates, sebentar tadi. - Foto Reuters
PENYERANG baharu Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang (tengah) merembat masuk untuk gol pertama penampilannya ketika menentang Everton di Stadium Emirates, sebentar tadi. - Foto Reuters

Ramsey, Aubameyang julang Arsenal

LONDON: Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan gol pada penampilan sulungnya di Arsenal tetapi ia dibayangi dengan hatrik Aaron Ramsey ketika mereka menundukkan Everton 5-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.

Di Old Trafford, bekas pemain Gunners, Alexis Sanchez turut menjaringkan gol pertamanya bersama Manchester United yang meraih kemenangan 2-0 ke atas Huddersfield.

Tiba selaku pemain termahal kelab, Aubameyang kembali bergandingan dengan bekas rakan sepasukannya di Borussia Dortmund, Henrikh Mkhitaryan yang tiba dari United dalam perjanjian yang turut membabitkan Sanchez.

GAYA Pierre-Emerick Aubameyang selepas meledak gol ketika menentang Everton pada saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, sebentar tadi. - Foto Reuters
GAYA Pierre-Emerick Aubameyang selepas meledak gol ketika menentang Everton pada saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, sebentar tadi. - Foto Reuters

Ketika jentera serangan baharu Arsenal tampak tajam, tetapi Ramsey jelas lebih mencuri tumpuan apabila menjaringkan hatrik pertama dalam kariernya.

Satu lagi gol Arsenal dijaringkan Laurent Koscielny.

Selain kehadiran Aubameyang dan Mkhitaryan, Arsenal turut memperoleh khabar gembira apabila tonggak tengahnya, Mesut Ozil sah menandatangani kontrak baharu selama tiga tahun yang menyaksikan mereka meledak empat gol selepas 37 minit perlawanan bermula.

Tuan rumah hanya memerlukan enam minit untuk membuka tirai jaringan menerusi Ramsey sebelum Koscielny menggandakan kedudukan tujuh minit kemudian.

Ramsey kemudian menjaringkan gol kedua peribadinya pada minit ke-19 sebelum gandingan Mkhitaryan dan Aubameyang membuktikan keserasian mereka dengan meledak gol keempat tuan rumah pada minit ke-37.

Pemain gantian, Dominic Calvert-Lewin cuba menghidupkan peluang Everton dengan menjaringkan gol pada minit ke-64 tetapi perjuangan mereka berakhir selepas Ramsey meledak hatrik pada minit ke-74.

"Ia masih terlalu awal, tetapi mereka nampaknya mempunyai kualiti untuk menyerap corak permainan yang kami ingin gunakan," kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengenai pemain baharunya.

"Mereka pantas, mempunyai pergerakan yang tajam dan tangkas serta mereka tidak mahu kehilangan bola. Ia amat bagus dan petanda yang positif." - AFP

PENYERANG Everton, Theo Walcott (kanan) mengekang pemain tengah Arsenal, Aaron Ramsey pada saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, sebentar tadi. - Foto AFP
PENYERANG Everton, Theo Walcott (kanan) mengekang pemain tengah Arsenal, Aaron Ramsey pada saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, sebentar tadi. - Foto AFP

PEMAIN tengah Arsenal, Henrikh Mkhitaryan diasak pemain pertahanan Everton, Eliaquim Mangala pada saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, sebentar tadi. - Foto Reuters
PEMAIN tengah Arsenal, Henrikh Mkhitaryan diasak pemain pertahanan Everton, Eliaquim Mangala pada saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, sebentar tadi. - Foto Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X