Isnin, 5 Februari 2018 | 9:44pm
PEMAIN Manchester City, Kevin De Bruyne (kanan) kelihatan keletihan selepas berakhir aksi menentang Burnley yang berkesudahan seri 1-1. - Foto AFP
PEMAIN Manchester City, Kevin De Bruyne (kanan) kelihatan keletihan selepas berakhir aksi menentang Burnley yang berkesudahan seri 1-1. - Foto AFP

Kami keletihan - De Bruyne

LONDON: Kevin de Bruyne mengakui dia bergelut secara fizikal ketika sasaran Manchester City untuk merangkul empat piala musim ini terganggu dengan kecederaan yang dialami pemain ternama pasukan itu.

Perancang tengah itu tidak beraksi hanya dalam tiga perlawanan daripada 39 aksi musim ini dan menyatakan dia keletihan sewaktu pasukannya itu terikat 1-1 dengan Burnley, minggu lalu.

"Saya keletihan sejak minit pertama lagi. Saya pernah katakan sebelum ini di mana anda beraksi dengan cemerlang dalam 10 perlawanan, kemudiannya beraksi dengan baik dalam 10 perlawanan dan selebihnya anda beraksi buruk.

"Kami perlu melakukan apa yang patut kami lakukan. Kami hanya ada 15 ke 16 pemain yang boleh beraksi ketika ini jadi kami perlu mengharungi cabaran."

Kecederaan yang dialami Benjamin Mendy, Gabriel Jesus, Leroy Sane, John Stones, David Silva, Fabian Delph, Phil Foden serta Lukas Nmecha menyebabkan Pep Guardiola hanya meletakkan enam pemain gantian pada aksi di Turf Moor.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu tidak akan beraksi sehingga Sabtu ini bertemu Leicester City di laman sendiri dan membolehkan Guardiola memberikan rehat tiga hari kepada barisan pemainnya.

"Ini adalah perkembangan yang begitu baik kepada kami. Saya akan bercuti, ke mana pun saya tidak kisah." - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X