Ahad, 11 Februari 2018 | 1:43pm
ANTONIO CONTE

Misi getir Conte ke West Brom

LONDON: Pengurus Chelsea, Antonio Conte percaya kegagalan perlu ditanggung secara bersama dengan pengendali dari Itali itu dalam usaha menyelamatkan kerjayanya menjelang pertembungan dengan West Bromich Albion dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi Selasa ini, waktu Malaysia.

 

Selepas tewas 1-4 kepada Watford, Isnin lalu dan kekalahan memalukan 0-3 di tangan Bournemouth pada aksi terakhir di laman sendiri, menyaksikan skuad The Blues kini berisiko tinggi untuk gagal layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

 

Conte musim ini beberapa kali menyuarakan keluhannya berhubung dasar pengambil pemain oleh kelab yang sekali gus menjurs kepada ketegangan hubunganya dengan pihak pengurusan tertinggi kelab.

 

Bagaimanapun, bekas jurulatih Juventus itu memberi alasan pemainnya beraksi dengan ketakutan dan kekurangan personaliti yang menyaksikan mereka melepaskan tiga gol pada 10 minit terakhir perlawanan di Vicarage Road.

 

"Apabila kamu mengalami detik ini dengan keputusan yang buruk, kamu perlu bahagikan tanggungjawab antara saya, pemain dan kelab.

 

"Seperti yang kamu semua tahu, kita bercakap mengenai bola sepak - saya tidak bersetuju dengan ini - jurulatih bergantung kepada keputusan.

 

"Disebabkan itu, kami perlu beri tumpuan yang penuh," kata Conte.

 

Beberapa minggu yang akan datang adalah minggu yang mencabar buat Chelsea musim ini.

 

Selepas melayan kunjungan West Brom, Chelsea akan bertemu Hull City dalam aksi pusingan kelima Piala FA sebelum menenantang Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara, Manchester United (liga) dan Manchester City (liga).

 

Jika Conte mendapatkan keputusan yang positif menentang Baggies, awal pagi Selasa ini dia kemungkinan besar menyertai senarai pengurus Chelsea yang dipecat pada pertengahan musim oleh pemilik, Roman Abramovich.

 

"Kami sedar ia adalah tugas mencabar apabila kamu melihat jadual seperti itu tetapi itulah yang akan menentukan musim kami," kata kapten The Blues, Gary Cahill.

- AFP

462 dibaca
Berita Harian X