Selasa, 13 March 2018 | 1:01am
AKSI pemain MIFA (kanan) diasak pemain Sabah pada aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya. - Foto FB FMLLP

MIFA jejaskan misi Sabah

 

KUALA LUMPUR: Hasrat Sabah untuk merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Perdana, FELDA United FC sedikit terjejas apabila diikat MIFA 1-1 pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.

Keputusan itu menyebabkan skuad Sang Badak ketinggalan enam mata di belakang The Fighters yang mengumpul 15 mata selepas menang tipis 1-0 ke atas Kuantan FA, Jumaat lalu.

Sabah yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah selepas lima perlawanan berkongsi sembilan mata bersama pasukan tangga ketiga, UiTM FC, namun memiliki kelebihan jaringan.

Sabah yang turun dengan misi mengejar FELDA United terlebih dulu berada di depan hasil jaringan penyerang import, Hector Ramos pada minit ke-15.

Namun, kedudukan itu hanya bertahan 14 minit apabila MIFA menyamakan kedudukan menerusi Tinagaran Baskeran, sekali gus meranapkan impian Sang Badak untuk merapatkan jurang kepada tiga mata di belakang FELDA United. 

Berita Harian X