Selasa, 17 April 2018 | 9:22pm
PEMAIN TFC II, Akanni Sunday Wasiu (kanan) diasak oleh pemain JDT II, Bruno Gabriel Soares pada aksi liga di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi. - Foto Rozainah Zakaria

Menang bukan kerana nasib

KUALA TERENGGANU: Kemenangan tipis 2-1 yang dirakam Terengganu FC II (TFCII) ke atas Johor Darul Ta'zim II (JDTII) dalam saingan Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi bukannya atas faktor nasib.

Sebaliknya, Mustaffa Kamal Abd Wahab menyifatkan kejayaan itu hadir menerusi usaha keras dan komitmen tinggi dipamerkan anak buahnya untuk memburu kemenangan di laman sendiri.

"Bagi saya, walaupun lawan menjaringkan gol sendiri, pujian perlu diberikan kepada Rahmat Makasuf yang berjaya menggugat benteng pertahanan JDTII hingga tercipta jaringan.

"Saya juga memuji persembahan semua pemain yang diturunkan dalam perlawanan ini terutama pemain muda yang menjalankan tugas dengan begitu berkesan," katanya.

Mustaffa berkata, pemain pertahanan yang dipinjam dari Terengganu FC, Radhi Yusof juga menunjukkan kematangan dan ketenangan mengawal benteng bersama kapten, Hasbullah Awang.

1176 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »