Rabu, 16 Mei 2018 | 7:30am
PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola (tiga dari kiri) ketika meraikan kejayaan pasukan kendaliannya menjuarai trofi Liga Perdana Inggeris. - Foto Reuters

Guardiola Pengurus Terbaik Tahunan

LONDON: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola dinobatkan sebagai Pengurus Terbaik Tahunan oleh Persatuan Pengurus Liga, selepas pengendali itu mengemudi pasukannya menjuarai trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan memecah rekod baharu.

Pengendali dari Sepanyol berusia 47 tahun itu yang mendahului pesaing di tangga kedua, Manchester United dengan kelebihan 19 mata juga menjulang Piala Liga pada Februari lalu, selepas menumbangkan Arsenal 3-0 di Stadium Wembley.

City juga muncul pasukan pertama yang meraih 100 mata dan memecahkan rekod jaringan gol di Liga Perdana semusim (106), rekod kemenangan (32) dan jumlah perbezaan jaringan gol (79).

Guardiola mengenepikan cabaran rakan sejawatan dari Liverpool, Juergen Klopp; Sean Dyche (Burnley); Nuno Espirito Santos (Wolverhampton Wanderers) dan Neil Warnock (Cardiff City). - Reuters

388 dibaca
Berita Harian X