Sabtu, 26 Mei 2018 | 12:25pm
FRED. - Foto AFP

Fred semakin hampir pilih United

MANCHESTER: Pemain tengah Brazil, Fred sedar mengenai 'tawaran besar' daripada Manchester United dan dia semakin hampir untuk melengkapkan perpindahan ke Old Trafford dengan nilai perpindahan 52.5 juta pound (RM278 juta).

Pemain berusia 25 tahun itu mengesahkan perbincangan lanjut sudah dilakukan selepas perpindahannya ke Manchester City pada jendela perpindahan Januari lalu tidak dapat dilaksanakan.

City sudah mengalihkan tumpuan kepada Jorginho namun United menjangkakan mereka dapat menandatangani Fred sebelum aksi Piala Dunia.

Fred akan berada di England pada minggu ini selepas Brazil menyertai perlawanan pemanas badan menentang Croatia di Anfield dan difahamkan, dia turut akan menjalani pemeriksaan kesihatan.

"Perbincangan lanjut sudah dilakukan sejak Januari.

"Perpindahan ke Manchester City boleh berlaku namun selepas itu, kedua-dua pasukan Manchester bertemu dengan Shaktar dan ejen saya untuk membincangkan mengenai urusan perpindahan ini.

"Kalau tidak silap saya, ada berita mengenai tawaran besar dari United.

"Jadi ejen saya mengambil serius tawaran ini diketuai Gilberto Silva. Dia seorang yang tenang dan saya amat mempercayainya.

"Satu penghormatan untuk berada dalam radar jurulatih terbaik di Eropah. Dua jurulatih itu adalah hebat begitu juga dengan jurulatih Brazil. - AGENSI

 

Berita Harian X