Selasa, 5 Jun 2018 | 12:45pm
IFEDAYO Olusegun pernah beraksi di Liga Malaysia ketika menyertai FELDA United musim lalu. - Foto fail NSTP/Farizul Hafiz Awang
IFEDAYO Olusegun pernah beraksi di Liga Malaysia ketika menyertai FELDA United musim lalu. - Foto fail NSTP/Farizul Hafiz Awang

Olusegun ayam tambatan baharu Melaka

MELAKA: Melaka United dijangka menampilkan aksi lebih bertenaga ketika berdepan Kuala Lumpur pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.

Walaupun turun tanpa khidmat import baharu dari Korea Selatan, Lee Chang Hoon yang masih cedera, namun skuad kendalian E Elavarasan itu mempunyai strategi untuk memerangkap lawan.

Selepas berjaya mengejutkan Kedah 2-0 minggu lalu, skuad Hang Tuah bakal menampilkan seorang lagi import baharu sempena jendela perpindahan pemain, sekali gus memberi impak lebih bertenaga buat pasukan kali ini.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA), Datuk Yusoff Mahadi berkata, mereka akan menurunkan Ifedayo Olusegun, bekas pemain kelab Bahrain, Al-Hidd pada aksi malam ini.

Katanya, penyerang dari Nigeria berusia 27 tahun itu pernah beraksi dengan beberapa kelab di negara kelahirannya, Rising Stars FC, sebelum beraksi di liga divisyen satu Bahrain bersama kelab Malkiya SCC dan Al-Hidd.

"Malah, dia juga pernah beraksi di Liga Malaysia ketika menyertai FELDA United musim lalu, sekali gus diharap menjadi motivasi buatnya membantu kejayaan pasukan Hang Tuah."

Berita Harian X