X
Isnin, 18 Jun 2018 | 1:49pm
SKUAD Pahang. - Foto Shafiq Zain
SKUAD Pahang. - Foto Shafiq Zain

Pahang wajib bangkit di Paroi

 

KUANTAN: Skuad Pahang perlu bangkit daripada dua kekalahan apabila bertemu Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam esok.

Pengurus pasukan Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, dua kekalahan berturut-turut kepada Johor Darul Takzim (JDT) perlu dilupakan untuk kembali fokus mengutip tiga mata.

"Saya lihat sejak kembali berlatih kelmarin, mereka cukup bersemangat untuk memastikan kemenangan buat pasukan selepas terlepas mata pada dua perlawanan lalu.

 "Semangat seperti ini yang perlu ada biarpun pasukan tidak dapat menurunkan kesebelasan utama dalam beberapa perlawanan disebabkan kecederaan hingga memberi kesan terhadap prestasi Pahang," kat Suffian.

"Setakat ini, saya boleh sahkan bahawa khidmat Patrick Cruz tidak dapat bersama pasukan di Paroi manakala Austin Amutu pula masih belum cergas sepenuhnya selepas pulih daripada kecederaan."

Namun Suffian mahu semua pemain tidak menjadikan ia sebagai alasan untuk merelakan skuad Tok Gajah pulang tanpa mata.

Menurutnya, komitmen dan persembahan mantap ditagih untuk mengecewakan Negeri Sembilan yang dilihat semakin menunjukkan peningkatan.

 "Ini kerana kemenangan akan membantu menaikkan motivasi menjelang perlawanan separuh akhir pertama bertemu PKNP FC di Kuantan, Sabtu ini.

"Saya harap mereka dapat melakukannya dan percaturan jurulatih (Dollah Salleh) menjadi malam esok," katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X