Selasa, 19 Jun 2018 | 11:31pm
PEMAIN pasukan Kelantan, Bahtyiar Duishobekoy dihalang pemain pasukan PKNS FC, Gunalan Padathan (kiri) dan Daniel Sang Ting (kanan) dalam saingan unifi Liga Super 2018 di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu. - Foto Syamsi Suhaimi
PEMAIN pasukan Kelantan, Bahtyiar Duishobekoy dihalang pemain pasukan PKNS FC, Gunalan Padathan (kiri) dan Daniel Sang Ting (kanan) dalam saingan unifi Liga Super 2018 di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu. - Foto Syamsi Suhaimi

PKNS FC benam Kelantan

KOTA BHARU: Kelantan terus kempunan mencipta kemenangan selepas tewas 0-2 kepada PKNS FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, sebentar tadi.

Tanpa kelibat import dari Namibia, Lazarus Kaimbi yang diketepikan gara-gara kecederaan serius pada mulanya dianggap tidak menjejaskan rentak awal skuad pengendali sementara, Yusri Che Lah.

Namun PKNS terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah pada awal minit ketiga menerusi rembatan deras dari luar kotak penalti Bruno Oliveira yang memerangkap penjaga gol Kelantan, Mohd Shahrizan Ismail.

The Red Warriors (TRW) membuat beberapa percubaan berbahaya dari luar kawasan penalti minit ke-13 menerusi Nik Akif Syahiran Nik Mat, m-16 Imran Samso dan m-26 Cristiano Santos  namun diselamatkan penjaga gol pelawat, Tauffiq Ar Rasyid Johar.

TRW hampir menyamakan kedudukan  pada minit ke-36 dan 41 menerusi percubaan Nik Akif Syahiran namun gagal menewaskan Tauffiq Ar Rasyid.

PKNS berpeluang menambah jaringan menerusi sepakan percuma Safee Sali minit ke- 44 namun sedikit tersasar. Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama permainan.

Bersambung babak kedua, PKNS berjaya mencipta  peluang menambah jaringan menerusi sepakan Romel Ramazotti m-46 namun ditangkap kemas Shahrizan Ismail.

TRW berjaya mencipta deretan peluang  pada minit ke-55 ,minit-57, minit-64 menerusi percubaan Shafiq Shaharudin, Imran dan Azwan Aripin namun sedikit tersasar.

Yusri membuat pertukaran taktikal menggantikan Imran dan Shafiq  dengan Nik Azli Nik Alias dan Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi untuk memperkuatkan jentera serangan tuan rumah.

TRW berpeluang menyamakan kedudukan menerusi rembatan padu Fakhrul Zaman  pada minit ke-81 namun ditepis keluar penjaga gol pelawat.

PKNS terus berada di depan juga menerusi jaringan Oliveira pada minit ke-86, sekali gus menutup peluang TRW untuk menyamakan kedudukan. Kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

 

Berita Harian X