Isnin, 9 Julai 2018 | 12:22pm
JORDAN Henderson dan Ashley Young.
JORDAN Henderson dan Ashley Young.

Three Lions harap motivasi keluarga

SAINT PETERSBURG, Russia: Wira England di Piala Dunia berehat sebentar daripada aksi di padang dan terus menuju ke taman.

Jordan Henderson dan Ashley Young dilihat bersiar-siar di Saint Petersburg pada hari di mana pemain dibenarkan berehat.

Young, beralih tugas daripada memantau sayap kiri England untuk menolak kereta sorong di taman bersama keluarganya.

Begitu juga dengan Henderson yang tidak lagi membantu jentera serangan sebaliknya bersiar-siar bersama isterinya Rebecca Burnett.

Semua pemain kini berehat seketika sebelum aksi separuh akhir Piala Dunia menentang Croatia awal pagi Khamis.

Pengurus England Gareth Southgate membenarkan pemainnya meluangkan masa bersama keluarga, beberapa jam selepas menewaskan Sweden pada aksi suku akhir di Samara.

Mereka segera memanfaatkan masa terluang itu.

Kapten pasukan dilihat berada di bangku penonton menghubungi tunangnya Katie Goodland menerusi panggilan video menakala Jesse Lingard terkejut dengan ketibaan ibunya.

LIngard, pemain tengah Manchester United memuat naik gambar dirinya selepas menang aksi 16 pasukan terbaik dan berkata: "Tidak ibu, saya tidak akan pulang."

Pada Sabtu, dia memuat naik video dirinya memeluk ibunya selepas wanita itu melakukan kejutan dengan mengunjunginya di Russia. - Agensi

 

Berita Harian X