Isnin, 16 Julai 2018 | 1:41am
CRISTIANO Ronaldo. - Foto REUTERS
CRISTIANO Ronaldo. - Foto REUTERS

Ronaldo sudah 'mendarat' di Turin

TURIN: Cristiano Ronaldo sudah berada di Turin menjelang majlis rasmi memperkenalkannya sebagai pemain Juventus, esok.

Bintang Portugal itu kelihatan tenang sambil mengangkat ibu jari ke arah kamera ketika berjalan keluar dari jet peribadi bersama teman wanitanya, Georgina Rodriguez.

Ronaldo akan diraikan dengan jersi Juventus buat kali pertama pada jam 5.30 petang waktu London, esok selepas menyelesaikan perpindahan bernilai STG100 juta (RM536 juta) dari Real Madrid.

Dia juga diapit anak lelakinya, Cristiano Jr dan anggota keluarga serta rombongan mereka ketika tiba di Lapangan Terbang Turin-Caselle, hari ini.

Ronaldo dan keluarga menikmati percutian di Greece sejak Portugal tersingkir daripada Piala Dunia selepas tewas kepada Uruguay pada 30 Jun lalu.

Majlis memperkenalkan Ronaldo dijangka dihadiri ribuan peminat Juventus yang akan menyambut kedatangan pemain berusia 33 tahun itu di Stadium Allianz. - Agensi

Berita Harian X