Selasa, 17 Julai 2018 | 3:54pm
PENGADIL, Nestor Pitana memeriksa VAR sebelum memberikan sepakan penalti ketika perlawanan akhir Piala Dunia 2018 di antara Perancis dan Crotia, di Stadium Luzhniki, Moscow, Russia. - Foto Reuters
PAPAN tanda elektronik yang memaparkan VAR di dalam stadium. - Foto Reuters

Bintang bola sepak dunia tempelak VAR

MADRID: Legenda Sepanyol, Iker Casillas dan penyerang Barcelona, Luis Suarez mengkritik teknologi video bantuan pengadil (VAR) susulan kontroversi penggunaannya pada aksi final Piala Dunia 2018 Russia, Ahad lalu.

Perancis diberikan sepakan percuma kontroversi yang membawa kepada terhasilnya gol pertama dan kemudiannya dihadiahkan penalti untuk kesalahan bola terkena tangan Ivan Perisic dibantah pemain Croatia.

Merujuk kepada insiden gol pertama, Casillas yang juga pemenang Piala Dunia 2010 berkata: "Saya sungguh tidak faham bagaimana VAR berfungsi.

Pengadil memberikan sepakan percuma sedangkan ia bukannya kesalahan dan berakhir dengan gol. Tiada kesalahan yang sebenarnya berlaku sehingga membawa kepada sepakan percuma itu."

Suarez yang pasukannya Uruguay disingkirkan Perancis di suku akhir turut menyokong kenyataan Casillas dengan berkata: "Anda betul Iker. Selain itu Pogba turut berada dalam kedudukan ofsaid tetapi 'mengambil bahagian' dalam permainan." - Agensi

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X