X
Isnin, 27 Ogos 2018 | 7:15am
Maurizio Sarri. - Foto AFP
Maurizio Sarri. - Foto AFP

Sarri kritik taktik Benitez

NEWCASTLE: Maurizio Sarri melahirkan rasa kesal dengan taktik pengurus Newcastle, Rafa Benitez biarpun Chelsea meraih kemenangan 2-1 di St James Park, malam tadi.

Sarri berkata, beliau terkejut dengan pendekatan pertahanan digunakan Benitez ketika Newcastle meletakkan sembilan pemain di bahagian bawah dan hanya seorang penyerang.

“Kami tahu ia akan menjadi perlawanan sukar bagi kami dan setiap pasukan yang datang ke sini,” kata Sarri.

“Tetapi ia lebih sukar kerana di Itali, saya tidak pernah melihat Rafa bermain dengan lima pemain pertahanan di belakang,” kata Sarri yang baru tiba di Chelsea musim panas ini selepas meninggalkan kerjayanya di Napoli di mana beliau mencipta kejayaan selepas menggantikan Benitez.

“Ia bermakna kita perlu menggerakkan bola dengan cepat.,” kata Sarri kepada Benitez selepas Newcastle hanya menguasai 20 peratus bola dalam perlawanan berkenaan. - AFP

Berita Harian X