Rabu, 12 September 2018 | 3:26pm
JURULATIH skuad Harimau Malaysia, Tan Cheng Hoe ketika menjalani sesi latihan menjelang Perlawanan Persahabatan Antarabangsa menentang Taiwan dan Kemboja di USIM, Nilai, Negeri Sembilan. - Foto Iqmal Haqim Rosman
JURULATIH skuad Harimau Malaysia, Tan Cheng Hoe ketika menjalani sesi latihan menjelang Perlawanan Persahabatan Antarabangsa menentang Taiwan dan Kemboja di USIM, Nilai, Negeri Sembilan. - Foto Iqmal Haqim Rosman

Pro, kontra Liga Negara-Negara buat Harimau Malaya 

 

KUALA LUMPUR: Penganjuran Liga Negara-Negara Asia dikhuatiri akan menutup peluang skuad kebangsaan daripada ‘menguji kehebatan’ untuk menentang pasukan lawan yang berada pada ranking jauh lebih baik.

Kebimbangan itu disuarakan jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe selepas melihat kemungkinan anak buahnya hanya akan menghuni Liga C jika saingan kompetitif itu dilaksanakan nanti.

“Langkah itu sememangnya satu cadangan yang baik kerana ia membolehkan pasukan beraksi dengan lebih kompetitif,” kata Cheng Hoe. “Tetapi jika dilihat mengikut kategori, mungkin kita akan beraksi dalam Liga C.

“Jadi kita tiada pilihan untuk bermain perlawanan persahabatan dengan pasukan yang lebih kuat daripada kita. Pemain perlu beraksi menentang pasukan yang lebih baik untuk menunjukkan peningkatan.

“Dengan beberapa pasukan Asia Tenggara juga dalam kategori sama, mungkin ini akan memberi kekurangan kepada kita pada masa akan datang.”

Sebelum ini, Sukan NSTP melaporkan sekiranya hasrat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) untuk menganjurkan Liga Negara-Negara Asia dilaksanakan, Malaysia perlu bekerja keras apabila dijangka akan membarisi Liga C.

Analisis itu dibuat berdasarkan kedudukan ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi semua 46 negara di benua Asia yang menyaksikan anak buah Cheng Hoe itu terpaksa menghuni ‘liga ketiga’ susulan berada di ranking rendah.

Liga C akan dibarisi pasukan di ranking ke-25 sehingga ranking ke-36 membabitkan Turkmenistan, Yaman, Myanmar, Hong Kong, Afghanistan, Maldives, Kuwait, Nepal, Indonesia, Singapura dan Malaysia.

Semua pasukan dalam setiap liga akan diundi untuk mengisi empat kumpulan kecil (1, 2, 3, 4) kecuali Liga D yang menampilkan tiga kumpulan sahaja sekali gus menyaksikan Malaysia berpeluang besar untuk mengelak bertemu sesama negara Asia Tenggara selepas undian dijalankan nanti.

 

 

 

Berita Harian X