Selasa, 18 September 2018 | 10:25pm
FRANK Lampard

Lampard didenda RM10,769

LONDON: Frank Lampard yang ketika ini menguruskan kelab Derby County didenda AS$2,600 dolar (RM10,769) oleh Persatuan Bolasepak Inggeris (FA), hari ini selepas mengaku salah atas tuduhan salah laku.

Bekas pemain tengah Chelsea dan England itu diarah ke kerusi penonton oleh pengadil ketika kelab kendaliannya tewas 0-1 kepada Rotherham United dalam aksi Liga Kejuaraan, Sabtu lalu.

Ia susulan perbalahan yang membabitkannya dengan pegawai perlawanan.

“Pengurus Derby County Frank Lampard didenda AS$2,600 dolar (RM10,769) selepas mengaku salah terhadap tuduhan salah laku kepada FA dan menerima penalti standard,” kata FA dalam satu kenyataan.

Lampard, 40, yang memiliki 106 penampilan bersama England beralih angin ke arena pengurusan buat pertama kali pada Mei lalu dengan Derby ketika ini menghuni tangga ketujuh liga selepas tujuh perlawanan. - REUTERS

Berita Harian X