Sabtu, 29 September 2018 | 9:51pm
ANDRIY Yarmolenko meraikan jaringan gol kedua bersama rakan sepasukan mereka dengan rakan sepasukanpada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium London, sebentar tadi. - Foto Reuters
MARCUS Rashford. - Foto Reuters

United tumbang di West Ham

LONDON: Segala-galanya bagai serba tidak menjadi buat Jose Mourinho selepas Manchester United tumbang 3-1 di tangan West Ham United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium London, sebentar tadi.

Selepas mengalami kekalahan di tangan Derby County pada aksi Piala Liga pertengahan minggu, hasrat United untuk bangkit gagal selepas mudah dijinakkan anak buah Manuel Pellegrini.

West Ham United mendahului seawal minit kelima selepas Felipe Anderson bijak menyempurnakan hantaran lintang Pablo Zabaleta sekali gus membolehkan dia meledak gol pertama bersama pasukan baharunya itu.

Beberapa peluang dicipta United namun gagal disudahkan sebelum West Ham United kembali mengawal permainan di hujung babak pertama dan melebarkan jurang pada minit ke-43.

JOSE Mourinho . - Foto Reuters

Andriy Yarmolenko menyambar bola yang gagal dikeluarkan pertahanan United yang menyaksikan percubaannya terkena Victor Lindelof sebelum menerjah jaring.

Bersambung babak kedua, United cuba bangkit dan berjaya mengurangkan defisit pada minit ke-70 menerusi penyudah menarik pemain gantian, Marcus Rashford.

Seminit berselang, West Ham United mengesahkan mata penuh apabila Marko Arnautovic melepasi perangkap ofsaid dan mudah meledak gol ketiga buat tuan rumah. - Agensi

Berita Harian X