Rabu, 3 Oktober 2018 | 8:22am
PEMAIN Shakhtar Donetsk’s, Junior Moraes (kiri) menyumbat ke gawang Olympique Lyonnais pada perlawanan Kumpulan F Liga Juara-Juara, awal pagi tadi. - Foto REUTERS
PEMAIN Shakhtar Donetsk’s, Junior Moraes (kiri) menyumbat ke gawang Olympique Lyonnais pada perlawanan Kumpulan F Liga Juara-Juara, awal pagi tadi. - Foto REUTERS

Lyon bangkit ikat Shakhtar

LYON: Lyon bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat Shakhtar Donetsk 2-2 dalam aksi Kumpulan F Liga Juara-Juara yang berlangsung dalam stadium tertutup awal pagi tadi.

Pemain Brazil Junior Moraes meledak kedua-dua gol Shakhtar tetapi Moussa Dembele dan Leo Dubois menyamakan kedudukan menerusi persembahan bertenaga Lyon di babak kedua.

Kelab Perancis itu dihukum oleh UEFA atas kekacauan penonton ketika pertemuan Liga Europa menentang CSKA Moscow pada Mac dan suasana sunyi itu memberi tekanan kepada Lyon yang tampak kurang bermaya berbanding pada perlawanan pembukaan kumpulan ketika menewaskan juara Liga Perdana Inggeris Manchester City 2-1.

Memphis Depay bermula di bangku simpan untuk memberi ruang kepada Dembele dan Lyon gagal meledak di babak pertama ketika Shakhtar bijak mengambil kesempatan.

Seminit sebelum rehat, hantaran leret Ismaily menemui Moraes yang mudah menolak bola menewaskan Anthony Lopes.

Shakhtar menambah jaringan bermula dengan gerakan Taison dan Alan Patrick yang membuat umpan untuk disempurnakan Moraes pada minit ke-55.

Lyon memberi isyarat kebangkitan dengan jaringan Houssem Aouar tetapi tidak dikira kerana dia berada dalam kedudukan ofsaid.

Bagaimanapun kemasukan Depay memberi nafas baharu buat tuan rumah. Hantaran lintang Nabil Fekir disempurnakan Dembele menerusi tandukan padu ketika permainan berbaki 20 minit.

Depay ternyata memberi impak buat Lyon dan hantarannya mencetus gol penyamaan oleh Dubois pada minit ke-72. – AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X