Ahad, 14 Oktober 2018 | 9:54am

Man City nafi pernah 'pancing' Messi

LONDON: Manchester City menolak dakwaan yang mengatakan kelab Inggeris itu gagal untuk menandatangani legenda Barcelona, Lionel Messi.

Bintang Argentina, Messi beberapa kali dikaitkan dengan perpindahan ke Etihad sejak bos Barcelona, Pep Guardiola dilantik pengurus kelab Liga Perdana Inggeris itu pada 2016.

Pengerusi City, Khaldoon al Mubarak memetik laporan akhbar Sepanyol, Mundo Deportivo berkata, beliau pernah membuat tawaran lumayan untuk Messi, dan dilaporkan bersedia untuk memberinya gaji mewah 1 juta pound (RM5.46 juta) seminggu.

“Kami meminta Guardiola untuk bercakap dengannya, kami menawarkannya gaji tiga kali ganda daripada yang diperolehnya di Barcelona, tetapi dia tidak pernah menerimanya,” kata Mubarak memetik laporan berkenaan.


LIONEL Messi

Begitupun, City membalas laporan berkenaan dengan menegaskan ia tidak benar.

“Kami menafikan kebenaran laporan ini,” kata jurucakap City.

Messi bermain selama empat musim di bawah kendalian Guardiola di Barca yang menyaksikan kelab gergasi Sepanyol itu memenangi 14 gelaran.

Pemain berusia 31 tahun itu menandatangani kontrak baharu bersama pasukan itu pada November 2017 dengan Guardiola memenangi Liga Perdana dan Piala Liga musim lalu. - AFP

Berita Harian X