Khamis, 13 Disember 2018 | 5:43pm
Pengurus Besar Jabatan Pemasaran dan Dokumentasi Jualan JLand, Mohd Hizam Abdul Rauf (tiga dari kanan) bersama kakitangan JLand menunjukkab poster aktiviti sempena Festival JLand 2018@Bandar Dato' Onn, Johor Bahru. - Foto Mary Victoria Dass
Pengurus Besar Jabatan Pemasaran dan Dokumentasi Jualan JLand, Mohd Hizam Abdul Rauf (tiga dari kanan) bersama kakitangan JLand menunjukkab poster aktiviti sempena Festival JLand [email protected] Dato' Onn, Johor Bahru. - Foto Mary Victoria Dass

JLand semarak final Piala AFF 2018

KUALA LUMPUR: Kehangatan final Piala AFF 2018 diteruskan apabila Johor Land (JLand) tidak ketinggalan untuk menyemarakkan lagi aksi penentuan antara Malaysia bertemu Vietnam menerusi tayangan skrin gergasi, Sabtu ini.

Acara di Tapak Ekspo Festival JLand berhadapan AEON Mall Bandar Dato’ Onn itu dilangsungkan bersempena ulang tahun ke-50 Johor Corporation.

Pengurus Besar Pemasaran dan Dokumentasi Jualan JLand, Mohd Hizam Abdul Rauf menjelaskan program yang diadakan julung kali itu bertujuan menghargai sokongan peminat skuad Harimau Malaya di Johor Bahru selain memupuk nilai kekeluargaan menerusi sukan bola sepak.

“Kami ingin mengambil kesempatan untuk turut bersama dengan rakyat Malaysia dan memberi sokongan padu kepada skuad Harimau Malaya. Kami di JLand amat berbangga dengan pencapaian pasukan itu.

“Program ini selari dengan hasrat untuk menjadikan sukan sebagai medium utama dengan merapatkan silaturahim dalam kalangan ahli keluarga seperti kempen kami yang menggalakkan warga Johor Bahru untuk hadir dengan membawa keluarga mereka.

“Selain itu, kami menyediakan teh tarik percuma sepanjang perlawanan dan menganjurkan acara kuiz yang menawarkan hadiah istimewa kepada pengunjung bertuah,” katanya.

Turut dijangka hadir pada perlawanan akhir itu Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar serta beberapa atlet negara.

Berita Harian X