Selasa, 18 Disember 2018 | 8:14am
Penyerang Juventus, Cristiano Rolando ketika pasukannya menentang Torino FC pada Serie A, malam tadi. - Foto EPA
Penyerang Juventus, Cristiano Rolando ketika pasukannya menentang Torino FC pada Serie A, malam tadi. - Foto EPA

Atletico risau ancaman Ronaldo

NYON: Cristiano Ronaldo akan kembali ke Madrid selepas undian peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara semalam menyaksikan Juventus bertemu Atletico Madrid sekali gus memberi dia peluang mencuba stadium yang menjadi venue bagi perlawanan akhir.

Undian itu dilihat ‘kejam’ buat Atletico kerana selain pemain Real sendiri sudah pasti Ronaldo juga mahu mara ke final pada Mei depan di ibu negara Sepanyol itu dan mempamer kemampuannya selepas meninggalkan Real Madrid pada musim panas lalu.

Jurucakap Atletico, Clement Villaverde berkata: “Jika anda mahu ke final, anda perlu bertanding dengan yang terbaik dan kita lihat bagaimana persiapan kedua-dua pasukan menjelang aksi pada Februari nanti.”

“Juventus memperkuatkan pasukan mereka dengan mengambil Ronaldo tetapi kami juga mempunyai pemain yang bagus.”

Jurucakap Juventus,  Pavel Nedved pula berkata: “Atletico mempunyai skuad hebat dan bakal menjadi aksi yang sangat sukar buat kami. Ronaldo adalah pemain Liga Juara-Juara dan pasti mempunyai pengalaman luas dalam kejohanan ini.

Bekas pemain dan pengurus Real Madrid, Jorge Valdano pula berkata: “Juventus juga tidak gembira. Atletico Madrid bukanlah lawan yang mudah buat mereka.”

Ronaldo bakal merayakan ulang tahun kelahiran ke-34 menjelang pertembungan kedua-dua pasukan. Sementara itu Atletico Madrid mengharapkan Diego Costa yang selesai menjalani pembedahan kaki akan kembali cergas untuk menentang Ronaldo.  - AGENSI

Berita Harian X