X
Rabu, 2 Januari 2019 | 1:39am
PEMAIN Arsenal, Granit Xhaka (tengah) merembat ke gawang Fulham pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates. - Foto EPA
PEMAIN Arsenal, Granit Xhaka (tengah) merembat ke gawang Fulham pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates. - Foto EPA

Arsenal ubati episod duka

LONDON: Arsenal yang dimalukan pendahulu Liga Perdana, Liverpool bangkit mencatat kemenangan besar 4-1 ke atas Fulham pada aksi tahun baharu di Emirates, sebentar tadi.

Kunjungan Fulham yang menghuni tangga ke-19 liga itu jelas amat dialu-alukan skuad kendalian Unai Emery selepas kekalahan 1-5 skuad kendaliannya kepada Liverpool di Anfield, minggu lalu.

Selepas permulaan perlahan, tuan rumah membuka tirai jaringan pada minit ke-25 menerusi Granit Xhaka tetapi ia menjadi satu-satunya gol yang diledakkan pada babak pertama.

Penyerang Perancis, Alexandre Lacazette menggandakan kelebihan Gunners pada awal babak kedua tetapi kelebihan itu kembali dirapatkan Fulham selepas pemain gantian, Aboubakar Kamara menyumbat gol pada minit ke-69.

PEMAIN Arsenal, Aaron Ramsey menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Fulham pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates.
PEMAIN Arsenal, Aaron Ramsey menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Fulham pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates.

Pemain gantian Arsenal, Aaron Ramsey mengembalikan menggandakan kelebihan tuan rumah pada minit ke-79 selepas melengkapkan cubaan Pierre-Emerick Aubameyang menggegar palang.

Arsenal kemudian mematikan terus peluang Fulham untuk sekurang-kurangnya memperoleh satu mata apabila Aubameyang meledak gol ke-14 miliknya musim ini tujuh minit sebelum permainan berakhir.

Jaringan itu menyaksikan bekas penyerang Borussia Dortmund itu mengembalikan kelebihan satu gol di depan penyerang Liverpool, Mohamed Salah dalam pemburuan anugerah Kasut Emas musim ini. - Agensi

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X