Selasa, 5 Februari 2019 | 8:08am
Penyerang Paris Saint-Germain, Neymar meraikan sambutan hari lahirnya dengan bertongkat di Paris.
Penyerang Paris Saint-Germain, Neymar meraikan sambutan hari lahirnya dengan bertongkat di Paris.

Sambutan hari lahir Neymar meriah

PARIS: Neymar meraikan sambutan hari lahir ke-27 dengan meriah di Paris bersama ahli keluarga, rakan sepasukan di Paris Saint-Germain dan beberapa selebriti terkenal.

DJ Bob Sinclair, penyanyi Brazil-Wesley Safadao dan juara luncur air dunia, Gabriel Medina antara 200 tetamu hadir pada majlis keraian itu yang berlangsung di Pavillon Gabriel berdekatan Champs-Elysees.

Pemain paling mahal di dunia itu ketika ini sedang dalam proses pemulihan daripada kecederaan kaki kanan, menggunakan tema 'Nuit Rouge (malam merah)'.

Antara rakan sepasukan yang hadir adalah kapten pasukan, Thiago Silva dan penjaga gol, Alphonse Areola.

Neymar yang kini berusia 27 tahun bakal terlepas kedua-dua aksi PSG dalam saingan 16 terbaik Liga Juara-Juara menentang Manchester United apabila mengalami kecederaan metatarsal, bulan lalu.

Neymar berkongsi tarikh lahir bersama pemain bola sepak terkemuka, Cristiano Ronaldo yang berusia 34 tahun hari ini dan Carlos Tevez (35) manakala bekas bintang Romania, Gheorghe Hagi, 54 tahun. - AFP

Berita Harian X