Khamis, 14 Februari 2019 | 1:38pm
PENJAGA gol Arsenal, Petr Cech. - Foto Reuters
PENJAGA gol Arsenal, Petr Cech. - Foto Reuters

Cech idam julang trofi sebelum bersara

BELARUS: Penjaga gol Arsenal, Petr Cech memasang impian untuk menjulang trofi Liga Europa dengan pasukan itu yan akan memulakan kempen pusingan kalah mati menentang Bate Borisov, awal pagi esok (jam 1.55 pagi ini waktu Malaysia).

Cech, berkata trofi Liga Europa bakal menjadi hadiah paling bermakna buat dirinya sebelum bersara pada hujung saingan musim ini.

"Ia akan menjadi penamat yang sempurna untuk kerjaya saya. Kami melakukan persiapan setiap hari untuk menghadapi setiap kejohanan dan inilah yang kami harapkan.

"Kami cuba memenangi setiap perlawanan dan mara peringkat demi peringkat sebagai satu pasukan. Penting untuk kami melangkah sejauh yang mungkin.

"Memenangi Liga Europa akan menjadi memori indah untuk semua orang yang terbabit dan ia boleh mengesahkan tempat kami ke Liga Juara-Juara," kata Cech.

Dengan Bern Leno mengambil tugas sebagai penjaga gol utama Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Cech, 36, diberi peranan dalam saingan merebut piala peringkat Eropah.

Dia bertekad untuk membantu skuad The Gunners memperbaiki pencapaian yang dilakar tahun apabila mara sehingga separuh akhir sebelum tewas kepada Atletico Madrid yang kemudiannya muncul juara.

"Kami adalah pasukan pilihan dalam perlawanan ini tetapi kami perlu buktikannya di atas padang," katanya.

Pengurus Arsenal, Unai Emery menyenaraikan skuad terbaik dalam kunjungan ke Belarus kecuali Mesut Ozil. - Agensi

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X