Khamis, 21 Februari 2019 | 1:15pm
MASSIMILIANO Allegri. - Foto EPA

Juventus masih belum mati - Allegri

MADRID: Misi Cristiano Ronaldo dalam Liga Juara-Juara bersama Juventus terganggu hari ini ketika Atletico Madrid memastikan kemenangan 2-0 bagi saingan pusingan pertama di Wanda Metropolitano.

 

Ronaldo kembali ke ibu negara Sepanyol itu, tempat dia meraikan pelbagai kejayaan dalam kejohanan ini bersama Real, namun sebaliknya lawannya itu meraikan kemenangan hasil jaringan Jose Gimenez dan Diego Godin yang meletakkan Atletico semakin hampir ke suku akhir.

 

“Kami masih belum layak,” kata jurulatih Atletico, Diego Simeone. “Masih ada perlawanan dan kami tahu kami perlu menderita.”

 

“Kami beruntung tidak melepaskan gol ketiga,” kata bos Juventus, Massimiliano Allegri. “Kerana 2-0 ialah keputusan yang boleh diterbalikkan. Kami masih belum mati.”

Namun ini ialah kemenangan yang berhak dilakar skuad kendalian Simeone. 

Ketika Juventus cuba bangkit, Atletico tetap bertahan. Simeone memasukkan Morata, Thomas Lemar dan Angel Correa, semuanya dalam tempoh sejam dan usahanya berhasil. 

“Saya menunjukkan keberanian,” kata Simeone.

Juve pastinya masih belum tewas memandangkan Costa dan Thomas Partey masing-masing akan digantung perlawanan bagi saingan kedua di Turin kerana dilayangkan kad kuning.

 

Namun kegagalan menjaringkan gol di tempat lawan, dan bermain buruk pada babak kedua akan menyukarkan sebarang usaha untuk bangkit.

 

“Mereka tidak akan memberikan anda peluang,” kata Allegri. “Mereka membuatkan anda bermain buruk.” - AFP

Berita Harian X