Jumaat, 22 Februari 2019 | 6:57am
Penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubumeyang (kanan) merembat ke arah gawang BATE Barosiv pada saingan Liga Europa, sebentar tadi. - Foto AFP
Penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubumeyang (kanan) merembat ke arah gawang BATE Barosiv pada saingan Liga Europa, sebentar tadi. - Foto AFP

Arsenal kecewakan BATE

PARIS: Arsenal mara ke kelompok 16 pasukan terakhir Liga Europa dengan selesa apabila mengetepikan BATE Borisov 3-0 sebentar tadi dan menukar defisit perlawanan pertama yang mengancam penyingkiran terhadap satu daripada pasukan pilihan itu.

BATE hadir ke perlawanan di Emirates dengan harapan untuk melakukan kejutan selepas menewaskan Arsenal 1-0 di Belarus minggu lalu namun tuan rumah menyamakan agregat selepas hanya tiga minit apabila Zakhar Volkov menampan hantaran rendah Pierre-Emerick Aubameyang melepasi penjaga golnya sendiri, Denis Scherbitski.

Skuad Unai Emery terus menyerang dan berada di depan apabila Shkodran Mustafi menanduk masuk enam minit sebelum rehat.

Maksim Skavysh terlepas peluang menjaringkan gol buat BATE apabila Arsenal gagal mengeluarkan bola tiga minit bermula babak pertama, namun satu lagi tandukan kencang, kali ini menerusi Sokratis selepas sejam meletakkan Gunners untuk undian semula hari ini.

Pemain Arsenal, Sokratis Papastathopoulos menanduk masuk bola ke gawang BATE Borisov pada saingan Liga Europa, sebentar tadi. - Foto REUTERS
Pemain Arsenal, Sokratis Papastathopoulos menanduk masuk bola ke gawang BATE Borisov pada saingan Liga Europa, sebentar tadi. - Foto REUTERS

“Kami mahukan keputusan ini dan kami juga mahu bermain untuk penyokong kami di sini, untuk memperbaiki dan membina mental kami selepas perlawanan pertama di tempat lawan yang tidak begitu bagus. 

“Kami lakukan yang terbaik untuk bangkit, dan pasukan melakukannya dengan baik,” kata Emery kepada BT Sport.

“Pemain mengikut perancangan seperti dimahukan dan mereka ke dalam kotak penalti dengan begitu banyak bola lintang. Kami menunjukkan keberkesanan yang kami mahukan, yang tiada ketika perlawanan tempat lawan.” - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X