Sabtu, 23 Februari 2019 | 7:30pm
Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie meletakkan jawatan sebagai Presiden PFA berkuatkuasa hari ini dan surat peletakan jawatan sudah dihantar kepada Penolong Setiausaha PFA. - NSTP/Supian Ahmad

Presiden PFA akhirnya letak jawatan

KUALA LUMPUR: Selepas dibelenggu dengan pelbagai masalah dengan kemuncaknya skuad Singa Utara disingkirkan daripada Liga Malaysia pada Rabu lalu, Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Shafie akhirnya meletakkan jawatan berkuat kuasa hari ini.

Peletakan jawatannya itu diumumkan menerusi satu kenyataan kepada Sukan BH, hari ini.

Katanya, keputusan dibuat susulan desakan daripada penyokong bola sepak dan rakyat Perlis.

“Saya meletakkan jawatan sebagai Presiden PFA berkuatkuasa hari ini dan surat peletakan jawatan sudah dihantar kepada Penolong Setiausaha PFA.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang pernah membantu sepanjang empat bulan sebagai Presiden PFA.

“Saya memohon sejuta kemaafan kepada para peminat dan penyokong bola sepak Perlis atas kegagalan saya memimpin.

“Saya sudah melakukan yang terbaik demi menaikkan kembali nama Perlis namun setakat ini sahaja yang saya mampu. Saya minta maaf sekali lagi,” katanya menerusi satu kenyataan itu lagi.

Berita Harian X