Rabu, 27 Februari 2019 | 7:41am
Dua jaringan Sigurdsson menyaksikan Everton menewaskan Cardiff City 3-0. - Foto Reuters
Dua jaringan Sigurdsson menyaksikan Everton menewaskan Cardiff City 3-0. - Foto Reuters
Pemain Everton, Theo Walcott (kanan) diasak pemain Cardiff City, Leandro Bacuna dan Aron Gunnarsson dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Cardiff City. - Foto Reuters
Pemain Everton, Theo Walcott (kanan) diasak pemain Cardiff City, Leandro Bacuna dan Aron Gunnarsson dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Cardiff City. - Foto Reuters

Sigurdsson tambah derita Cardiff

LONDON: Gylfi Sigurdsson meningkatkan tekanan terhadap Cardiff City selepas dua jaringannya menyaksikan Everton menewaskan kelab Wales itu 3-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Sigurdsson ketika ini menjadi penjaring gol terbanyak dari Iceland dalam kancah Liga Perdana untuk keseluruhan menyubat 57 gol berbanding 55 yang dimiliki bekas penyerang Chelsea, Eidur Gudjohnsen.

Selepas mengharungi aksi agak hambar di awal permainan, Sigurdsson akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-41 berpunca sepakan sudut Seamus Coleman.

Cardiff tampil lebih semangat pada babak kedua tetapi sekali lagi dikecewakan oleh Sigurdsson yang meledak gol kedua peribadi pada minit ke-65 untuk sekali lagi Neil Etheridge tertewas.

Malam yang buruk skuad kendalian Neil Warnock bertukar menjadi mimpi ngeri apabila Everton menyumbat gol ketiga menerusi Dominic Calvert-Lewin pada masa kecederaan sekali gus memberikan Everton kemenangan pertama selepas tiga kekalahan berturut-turut.

Kemenangan menyaksikan skuad kendalian Marco Silva itu mendaki ke tangga kesembilan liga menjelang pertemuan tetangga dengan Liverpool, hujung minggu ini manakala Cardiff menghuni tangga ke-17.

“Ia adalah tiga mata yang penting,” kata Silva yang berdepan tekanan sebelum ini. “Selepas gol kedua saya lihat pemain kami bermain dengan lebih kebebasan, dengan lebih keyakinan dan ketika itu kamu boleh lihat corak permainan kami yang sebenar.”

Cardiff yang berpeluang untuk mengisi tangga tiga tercorot liga jika Southampton menewaskan Fulham, awal pagi esok sudah melepaskan lapan gol di gelanggang sendiri daripada dua perlawanan selepas turut dibelasah Watford 5-1, minggu lalu.

“Kami amat kecewa dengan keputusan itu tetapi masih ada 10 lagi perlawanan dan kami tidak boleh sentiasa memikirkannya,” kata pemain sayap Cardiff, Nathaniel Mendez-Laing. - REUTERS

Berita Harian X