Sabtu, 2 March 2019 | 12:31pm
PENGURUS Arsenal, Unai Emery. - Foto EPA

Emery mahu Arsenal ambil 'peluang besar'

LONDON: Pengurus Arsenal, Unai Emery memberi amaran kepada Tottenham bahawa skuadnya sudah bersedia mengambil “peluang besar” untuk menamatkan saingan di atas mereka dengan menang saingan tetangga utara London malam ini.

Skuad Emery berada pada tahap lebih baik berbanding pasukan tangga ketiga Tottenham dan boleh mengurangkan jurang dengan jiran dibenci itu kepada hanya satu mata jika menang di Wembley.

Arsenal kini menang tiga kali berturut-turut namun Spurs mengalami kekalahan berturut-turut kepada Burnley dan Chelsea.

Ia memaksa jurulatih Mauricio Pochettino merumuskan pasukannya sudah terkeluar daripada perebutan gelaran selain membuatkan mereka terpaksa bertarung bagi menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas.

“Kadangkala kami boleh mengambil peluang kerana ada 10 mata antara kami dan Spurs dua minggu lalu. Kini hanya empat mata,” kata Emery.

“Esok (malam ini) kami akan bermain bersama dan ia amat penting untuk kedua-dua pasukan. Amat berbeza jika anda menang atau kalah.

“Ini adalah peluang besar buat kami untuk bermain lebih yakin, menghormati mereka kerana mereka tewas dua perlawanan tetapi masih boleh melalui musim yang sangat bagus.” - AFP

Berita Harian X