Sabtu, 16 March 2019 | 7:39am
LUKAS Klostermann, Niklas Stark dan Maximilian Eggestein.
LUKAS Klostermann, Niklas Stark dan Maximilian Eggestein.

Loew baris tiga muka baharu

BERLIN: Ketua jurulatih Jerman, Joachim Loew menyenaraikan tiga muka baharu dalam skuadnya untuk bertemu Belanda bagi aksi kelayakan Euro 2020 termasuk perlawanan persahabatan menentang Serbia, minggu depan.

Loew membawa masuk pertahanan kanan RB Leipzig, Lukas Klostermann, pertahanan tengah Hertha Berlin, Niklas Stark dan pemain tengah Werder Bremen, Maximilian Eggestein sebagai usahanya menyuntik semangat baharu dalam skuad kendaliannya.

Bagi mengotakan kata-katanya, Loew tidak membariskan pemenang veteran di Piala Dunia 2014, Jerome Boateng, Mats Hummels dan Thomas Mueller.

Pengendali berusia 59 tahun itu dikritik pegawai Bayern Munich kerana pilihannya menggugurkan trio Bavaria itu selepas tersingkir di peringkat kumpulan Piala Dunia tahun lalu sebelum mengalami penyingkiran dari kelompok teratas di Liga Negara-Negara.

Perancang utama PSG, Julian Draxler yang mempunyai 49 penampilan di atas namanya, tercicir daripada skuad kerana mengalami kecederaan paha.

Jerman dijadual melayan kunjungan Serbia pada 20 Mac ini di Wolfsburg sebelum berlepas ke Amsterdam empat hari kemudian bagi memulakan kempen mereka dalam peringkat kumpulan yang juga dibarisi Utara Ireland, Belarus dan Estonia. - AFP

Info Senarai skuad Jerman

Penjaga gol: Manuel Neuer (Bayern Munich), Marc-Andre ter Stegen (Barcelona/ESP), Kevin Trapp (Eintracht Franfkurt)

Pertahanan: Matthias Ginter (Borussia Moenchengladbach), Marcel Halstenberg (RB Leipzig), Thilo Kehrer (Paris SG/FRA), Lukas Klostermann (RB Leipzig), Antonio Rudiger (Chelsea/ENG), Nico Schulz (Hoffenheim), Niklas Stark (Hertha Berlin), Niklas Suele (Bayern Munich), Jonathan Tah (Bayer Leverkusen)

Tengah: Julian Brandt (Bayer Leverkusen), Maximilian Eggestein (Werder Bremen), Leon Goretzka (Bayern Munich), Ilkay Gundogan (Manchester City/ENG), Kai Havertz (Bayer Leverkusen), Joshua Kimmich (Bayern Munich), Toni Kroos (Real Madrid/ESP)

Penyerang: Marco Reus (Borussia Dortmund), Leroy Sane (Manchester City/ENG), Timo Werner (RB Leipzig), Serge Gnabry (Bayern Munich)

Berita Harian X