Sabtu, 16 March 2019 | 11:40pm
Andre Gray membantu Watford ke separuh akhir Piala FA. - Foto Reuters
Andre Gray membantu Watford ke separuh akhir Piala FA. - Foto Reuters
Andre Gray bersaing dengan pemain Crystal Palace, Martin Kelly di Vicarage Road, Watford
Andre Gray bersaing dengan pemain Crystal Palace, Martin Kelly di Vicarage Road, Watford

Gray bawa Watford ke separuh akhir Piala FA

LONDON: Andre Gray masuk dari bangku simpanan untuk membantu Watford ke separuh akhir Piala FA menerusi kemenangan 2-1 mengatasi Crystal Palace malam ini.

Skuad kendalian Javi Gracia mendahului menerusi Etienne Capoue pada babak pertama sebelum Michy Batshuayi menyamakan kedudukan buat Palace selepas tamat rehat babak pertama.

Kemudian Gracia membawa masuk Gray, yang mengekalkan reputasinya selaku pemain gantian hebat buat Watford dengan gol kemenangan yang membalas dendam kekalahan skuad Hornets pada separuh akhir Piala FA 2016 ketika berdepan Palace.

Bekas penyerang Burnley itu kini menjaringkan gol kemenangan selaku pemain gantian sebanyak tiga kali dalam minggu kebelakangan ini selepas gol penting Watford berdepan Everton dan Leicester.

Jaringan Gray membawa Watford semakin hampir ke final Piala FA selepas 35 tahun selepas mereka tewas kepada Everton pada penampilan terakhir.

“Jelas setiap pemain akan kecewa jika tidak memulakan permainan. Ada dua cara mengatasinya, sama ada anda duduk di sana dan menerimanya atau menghadapinya,” kata Gray. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X