Rabu, 27 March 2019 | 2:07pm
PENGURUS England, Gareth Southgate. - Foto AFP

Pemain sudah hilang kepercayaan

LONDON: Segelintir pemain England merasakan tidak ada gunanya melaporkan ejekan berbaur perkauman berikutan kurangnya keyakinan mereka terhadap sistem sedia ada, kata pengurus Gareth Southgate.

Kejayaan England menewaskan Montenegro 5-1 di Podgorica dicemari dengan ejekan berbaur perkauman yang ditujukan kepada beberapa pemain termasuklah Raheem Sterling dan Danny Rose. 

Badan induk, Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) bagaimanapun masih menyiasat insiden itu.

“Kami banyak bercakap kepada mereka sebelum musim panas dan mereka sangat jelas mereka mahu bermain dalam bola sepak,” kata Southgate ketika ditanya sama ada beliau sanggup mengeluarkan pemainnya daripada padang jika berlakunya insiden perkauman.

“Sebilangan daripada amereka tidak mahu membuat laporan kerana tak yakin perkara itu dapat diselesaikan menerusi saluran yang betul atau perkara itu akan membawa perubahan.”

Sterling antara paling lantang meluahkan kritikan terhadap insiden yang berlaku dan mahukan tindakan diambil seperti menutup stadium bagi memberi peringatan terhadap pihak yang melakukan kesalahan perkauman itu.

Southgate berkata beliau mahukan pendekatan pencegahan bagi mengelak ia daripada berulang dan mendidik generasi muda tentang perkauman.

“Saya tak boleh bercakap tentang hukuman,” kata Southgate. “Apa hukuman yang tepat? Adakah denda yang besar? Adakah perlu menutup stadium? Apa yang akan menjadikannya ia berbeza?

“Perbezaannya bagi saya adalah mendidik orang ramai… Kanak-kanak yang dilahirkan di dunia dan adalah tugas kita untuk mendidik mereka sebagai seorang dewasa.” – REUTERS

Berita Harian X