Jumaat, 12 April 2019 | 7:43am
Pemain Arsenal, Aaron Ramsey (tengah) merembat bola ke arah gawang Napoli pada perlawanan pertama suku akhir Liga Europa, awal pagi tadi. - Foto EPA
Pemain Arsenal, Aaron Ramsey (tengah) merembat bola ke arah gawang Napoli pada perlawanan pertama suku akhir Liga Europa, awal pagi tadi. - Foto EPA

Arsenal atasi Napoli

LONDON: Ledakan Aaron Ramsey dan gol sendiri Kalidou Koulibaly memberi kelebihan buat Arsenal apabila menang 2-0 ke atas Napoli pada perlawanan pertama suku akhir Liga Europa, awal pagi tadi.

Pasukan bimbingan Emery mengawal perlawanan dengan mendominasi persembahan babak pertama di Stadium Emirates.

Aaron Ramsey menjaringkan gol pembukaan dengan penuh bergaya dan Gunners meneruskan tambahan gol sebelum babak pertama berakhir apabila pertahanan Napoli, Kalidou Koulibaly memampan cubaan Lucas Torreira yang menyebabkan beliau menjaringkan gol sendiri.

Arsenal tidak dapat menambah jaringan selepas rehat babak pertama tetapi dua gol tersebut sudah cukup meletakkan mereka sebagai pilihan menjelang perlawanan kedua di Naples pada 18 April ini.

“Perlawanan pertama adalah sangat penting untuk memperoleh keputusan yang sangat bagus. Kami merancang untuk memenangi perlawanan tetapi dalam masa yang sama kami menghormati mereka.

Pemain Napoli, Mario Rui (kanan) diasak pemain Arsenal, Ainsley Maitland-Niles pada perlawanan Liga Europa, awal pagi tadi. - Foto EPA
Pemain Napoli, Mario Rui (kanan) diasak pemain Arsenal, Ainsley Maitland-Niles pada perlawanan Liga Europa, awal pagi tadi. - Foto EPA

“Ia adalah 50-50. Cabaran kami adalah menjadi kompetitif di tempat lawan. Kadang kala semangat bermain di laman sendiri hilang apabila di tempat lawan.”

Pengurus Napoli, Carlo Ancelotti pula kekal yakin pada perlawanan timbal balik kedua nanti.

“Babak pertama kami sangat teruk. Kami tidak berani mengawal permainan sebagaimana yang kami mahukan,” katanya.

“Keputusan ini sukar diubah tetapi kami mempunyai 90 minit lagi. Dalam babak kedua kami cipta lebih banyak peluang.

“Persekitaran nanti juga berbeza dengan penyokong di laman sendiri akan bersama-sama kami. Saya yakin.” – AFP

 

Berita Harian X