X
Sabtu, 20 April 2019 | 7:34pm
PENGURUS Newcastle United, Rafael Benitez.
PENGURUS Newcastle United, Rafael Benitez.

Benitez impi julang trofi Liga Juara-Juara

LONDON: Bos Newcastle, Rafa Benitez berkata dia mahu terus bergelar pengurus sehingga berusia 70 tahun dan terdesak untuk memburu satu lagi kegemilangan di pentas Liga Juara-Juara.

Masa depan pengurus kelahiran Sepanyol itu bersama Newcastle masih belum dapat dipastikan selepas kontrak pengendali berusia 59 itu berakhir pada 30 Jun ini dengan perbincangan mengenai lanjutan kontrak masih belum dimuktamadkan.

“11 tahun sebagai pengurus, ia sesuatu yang bagus. Kami boleh melihat Roy Hodgson (pengurus Crystal Palace berusia 71 tahun) masih berada di sini,” kata Benitez.

“Saya gemar menguruskan pasukan, saya suka untuk melatih pemain, jadi saya gembira melakukannya. Saya sentiasa berkata yang kami sentiasa memandang ke depan. Staf saya, mereka masih muda dan sentiasa berfikir bagaimana untuk menambah baik sesuatu.”

Benitez menyertai Newcastle pada Mac 2016 tetapi gagal untuk menghalang kelab itu daripada tersingkir ke Liga Kejuaraan.

Begitupun, dia mengemudi pasukan sama untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris pada musim berikutnya dan menamatkan saingan 2017-18 di tangga ke-10, kedudukan tertinggi sejak kempen 2011-12.

Pernah mengemudi Liverpool menjulang trofi Liga Juara-Juara pada 2005, Benitez meluahkan keinginannya untuk kembali terbabit dalam kancah bola sepak Eropah itu.

“Saya menyukainya, dan saya mahukannya. Bersaing untuk trofi dan trofi terbaik adalah Liga Juara-Juara, jadi saya gemar untuk dengan kemungkinan yang 11 tahun akan datang untuk menang di sana,” katanya. - Reuters

Berita Harian X