X
Selasa, 23 April 2019 | 7:44am
PEMAIN Chelsea, Callum Hudson-Odoi mengalami kecederaan serius dalam perlawanan menentang Burnley pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, pagi tadi. - Foto Reuters
PEMAIN Chelsea, Callum Hudson-Odoi mengalami kecederaan serius dalam perlawanan menentang Burnley pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, pagi tadi. - Foto Reuters

Chelsea bakal hilang khidmat Hudson-Odoi

LONDON: Pemain sayap Chelsea, Callum Hudson-Odoi mengalami kecederaan serius ketika menyaksikan pasukannya terikat 2-2 menentang Burnley,  kata pembantu jurulatih The Blues, Gianfranco Zola, pagi tadi.

Hudson-Odoi, 18, terpaksa dibantu ketika meninggalkan padang sebelum rehat dan tempatnya digantikan Pedro.

"Ini bukan kecederaan ringan. Saya rasa ia kecederaan serius. Ia kecederaan bahagian Achilles tendon (betis). Saya tidak boleh beritahu kamu secara lengkap," kata Zola kepada wartawan.

Jurulatih dari Itali itu juga enggan mengesahkan sama ada Hudson-Odoi mengalami koyak bahagian tendon berkenaan.

"Saya tidak pasti mengenainya. Saya rasa dia perlu menjalani pemeriksaan, tapi ia kelihatan tidak bagus,” kata Zola.

Bulan lalu, Hudson-Odoi pertama kali diberi kepercayaan mewakili  skuad England selepas mengadu kerap memanaskan bangku simpanan Chelsea.

Dalam pada itu, kenyataaan Bayern Munich yang mahu mendapatkan Hudson-Odoi mencetus spekulasi bahawa pemain muda itu bakal dijual pada jendela perpindahan tidak lama lagi. – Reuters

 

 

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X