Rabu, 22 Mei 2019 | 2:19pm
KUALA TERENGGANU 21 MEI 2019. Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (kiri) dan wakil Kedutaan Amerika, Dean Thompson (kanan) melihat pelajar membuat latihan rekacipta ketika melawat galeri selepas merasmikan Lunar Exploration & Virtual Reality Experience Dome Show di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu, semalam. - Foto Rozainah Zakaria

PBSNT terima ratusan permohonan ganti Irfan

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengakui menerima ratusan permohonan bagi mengisi 'kerusi panas' ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) yang ditinggalkan oleh Irfan Bakti Abu Salim sebelum ini.

Beliau yang juga Presiden Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berkata permohonan itu bukan sahaja datang daripada jurulatih itu sendiri, malah ejen jurulatih yang berminat untuk mengendali pasukan naib juara Piala Malaysia musim lalu itu.

"Setakat ini kita terima beratus permohonan daripada jurulatih tempatan dan luar yang berminat membimbing TFC. Bagaimanapun, kita sedang pertimbangkan daripada pelbagai sudut termasuk kemampuan kewangan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program 'Beyond The Moon:50th Anniversary Of Moon Landing, di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) petang semalam.

Kerusi ketua jurulatih TFC kosong selepas Irfan Bakti yang pernah membawa pasukan itu menjuarai Piala Malaysia pada 2001 meletak jawatan secara mengejut dalam satu mesyuarat khas PBSNT, Rabu lalu.

Ahmad Samsuri berkata, PBSNT memberi jaminan jawatan penting itu akan diisi dan pihaknya sedang memerhati serta mencari calon sesuai sehingga bertemu yang benar-benar layak mengembalikan kegemilangan bola sepak Terengganu.

-- BERNAMA

Berita Harian X